Semalam sewaktu saya membaca akhbar
Utusan Malaysia dibahagian berita Dalam Negeri, terpandang satu tajuk
berita yang pada saya amat menarik. Ia mengenai kenyataan Naib Presiden
Google Inc. tentang keinginan Google dalam meluaskan sayap pemasarannya
di Asia Tenggara dengan memilih Malaysia sebagai kajian. Mereka membuat
kajian tentang pasaran negara ini termasuk faktor bahasa, budaya dan
gaya hidup serta tabiat pengguna tempatan melayari internet tempatan.
Ikuti petikan akhbar tersebut:
Google Inc. (Google), syarikat enjin
carian Internet terbesar di dunia menyifatkan pasaran Malaysia semakin
penting kerana negara ini merupakan pengguna kemudahannya yang terbesar
di rantau Asia Tenggara.