Saya
rasa tertipu. Apa yang boleh saya lakukan?
Anda
boleh melaporkan sebarang penganiayaan dalam industri
sekuriti kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) melalui Unit
Pengaduannya. Hantarkan semua aduan secara bertulis,
dengan nama pengadu, alamat dan nombor telefon kepada:
Unit
Pengaduan
Suruhanjaya sekuriti
No. 3, Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
Tel: 603-62048999
Faks: 603-62048991
E-mel: aduan@seccom.com.my
Apa
yang akan SC lakukan terhadap aduan saya?Sebaliknya, jika didapati tiada pelanggaran undang-undang
sekuriti, perkara itu tidak akan diteruskan; fail akan
ditutup dan disimpan sehingga maklumat lanjut diperoleh.
Aduan yang tidak menunjukkan terdapatnya pelanggaran
undang-undang sekuriti tetapi kemungkinan berlaku pelanggaran
peraturan atau undang-undang pihak berkuasa lain, akan
diserahkan kepada pihak berkenaan, umpamanya polis atau
Pendaftar Syarikat (ROC), untuk tindakan lanjut.
Berdasarkan
kepada betapa berat pelanggaran undang-undang yang
telah dilakukan, siasatan rasmi akan menghasilkan
sama ada satu atau beberapa tindakan berikut: surat
amaran, kompaun dan pendakwaan. Sebagai pelabur bijak,
anda patut tahu hak dan tanggungjawab anda. Ketahui
undang-undang yang melindungi anda dan pelaburan anda,
dan bantuan undang-undang yang ada jika berlaku sesuatu
yang tidak diingini. Jika anda mengesyaki berlaku
penganiayaan atau penipuan dalam industri ini dan
berupaya mempertahankan tuduhan anda itu, hantarkan
aduan kepada SC supaya tindakan sesuai boleh diambil
terhadap mereka yang bersalah.