FOLLOW ME  

Follow Me On Facebook !!!

 PROFILING 
Welcome Unknown Traders


Nickname

Password

Security Code: Security Code
Type Security Code

 

Membership

 · New Today

0

 · New Yesterday

2

 · Overall

3924



People Online

Visitors ( 15 )
 1: 66.249.68.XXX  2: 77.88.29.XXX  3: 220.181.7.XX  4: 124.115.0.XXX  5: 38.107.191.XXX  6: 38.107.191.XXX  7: 66.249.67.XX  8: 200.84.7.XXX  9: 190.71.202.XX  10: 201.102.121.XXX  11: 67.195.111.XXX  12: 66.235.124.XXX  13: 203.67.110.XXX  14: 212.117.164.XXX  15: 38.107.191.XXX
Members ( 0 )
Total Online ( 15 )

Server Time
 · Time

09:53:33

 · Date

01/08/10


HELPFUL MODERATORS

 NEW FANCY MENU 

 My Home

 My Account
· My Account
 My Gangs
 Private Messages
· My Downloads
· My Feedback
· Recommend Us
· My Forums
· My Hotz Topics
· Members Albums
· JUTAWAN.ORG Mail

 100% Paying U
· My PayPal Exchange
· My VIP Members
· My Gold Investment

 Free Advertising
· My Pixel Ads
· My Banner Ads
· My Listing Ads

 Paid Advertising
· My RM1
· My Jutawan Adsense

 Media & Leisure
· My Video M1
· My Video M2
· My Video M3
 My Video M4
· My Video Search
· My Movie Trailer
· My Cinema Show
· My Mp3 Search
· My World TV
· My TV

 Images Heaven
· My Images View

 Update & Newsflash
· My HYIP
· My BNM
· My KLSE
· MY FX Signal
· My Gold Daily

 Future Project
· My Bistro
· My FX Tech
· My WWTBM
· My Cash Randomiser
· My I HYIP
· My Autosurf
· My Affiliates

 Much More !!
· My Shorten URL
· My Visa Locator
· My Moderator
· My Buttons Maker
· My C.Card Check

  PENYALURAN WANG KELUAR 
CORPORATE GOVERNANCEMenyalurkan Wang Keluar Dalam cerita penipuan dunia korporat ini, SIDC memaparkan satu lagi teknik perakaunan kreatif yang digunakan oleh pesalah laku untuk menyalurkan wang keluar daripada sesebuah syarikat.

Begini ceritanya…..

Pada Mulanya

Encik A, seorang pengarah dan pemegang saham yang besar dalam PLC A, merancang untuk menyalurkan wang keluar daripada syarikat tersenarai itu. Dia mencari jalan bagaimana dia boleh melaksanakan rancangannya tanpa dapat dikesan. Selepas berfikir beberapa lama, akhirnya dia mendapat satu idea.

Encik A, di samping menjadi pengarah PLC A, turut memiliki satu lagi syarikat yang maju iaitu K Sdn Bhd,yang merupakan syarikat kesayangannya. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan rancangannya untuk menipu PLC A, Encik A mendorong PLC A membeli K Sdn Bhd pada harga yang begitu tinggi iaitu RM30 juta. Sehubungan itu, rekod ini dimasukkan dalam kunci kira-kira PLC A untuk menunjukkan pemerolehan K Sdn Bhd:

1 PLC A , Kunci Kira-kira setakat 31 Januari 200x
Debit Pelaburan
(pemerolehan K Sdn Bhd)
RM30 juta
Kredit Tunai
(wang yang dibayar oleh syarikat kepada pemilik K Sdn Bhd iaitu Encik A)
RM30 juta

Setelah itu

Kemudian, selepas urusan penjualan syarikatnya, K Sdn Bhd, selesai dan dia mendapat hasil daripada jualan itu, Encik A rasa resah semula. Encik A sebenarnya bukanlah benar-benar mahu menjual K Sdn Bhd kepada PLC A kerana syarikatnya itu membuat untung yang banyak. Dia cuma menggunakan syarikat itu untuk memudahcarakan rancangan kotornya untuk mencuri aset PLC A. Encik A mula berfikir dan merancang pula bagaimana hendak mendapatkan semula K Sdn Bhd. Dalam strateginya, untuk mendapatkan semula syarikat itu, dia meminta nomininya yang merupakan seorang pengarah Y Sdn Bhd, untuk membeli K Sdn Bhd daripada PLC A. Encik A kemudian mendorong PLC A untuk menjual K Sdn Bhd kepada syarikat nomininya, Y Sdn Bhd, pada harga RM30 juta. Oleh kerana Y Sdn Bhd tidak mempunyai cukup dana untuk membayar PLC A, butir-butir perakaunan yang berikut telah direkodkan dalam kunci kira-kira PLC A:

2 PLC A, Kunci Kira-kira setakat 30 September 200x
Debit Penghutang lain (wang yang dihutangkan oleh Y Sdn Bhd) RM30 juta
Kredit Pelaburan (K Sdn Bhd yang dijual kepada Y Sdn Bhd) RM30 juta

Dalam butiran akaun yang direkodkan ini, PLC A, walaupun dinyatakan telah menjual K Sdn Bhd kepada Y Sdn Bhd, sebenarnya tidak menerima sebarang pembayaran. Pada dasarnya, Y Sdn Bhd menjadi penghutang kepada PLC A.

Oleh sebab Y Sdn Bhd tidak mempunyai cukup dana untuk membayar PLC A, Encik A merancang satu lagi strategi. Tujuan utama strategi ini adalah untuk menghapuskan hutang Y Sdn Bhd kepada PLC A tanpa perlu membayar walau satu sen pun!

Strategi ini melibatkan Z Pte Ltd yang merupakan anak syarikat kepada Y Sdn Bhd, yang beribu pejabat di Bahamas. Z Pte Ltd diminta memberikan khidmat profesional kepada PLC A dan untuk perkhidmatan ini, PLC A dikenakan bayaran sebanyak RM30 juta. Jumlah bayaran yang dikenakan oleh Z Pte Ltd kepada PLC A sama dengan jumlah yang terhutang oleh Y Sdn Bhd kepada syarikat tersenarai itu. Hakikatnya, tidak ada perkhidmatan profesional yang diberikan kepada PLC A, tetapi, tiada sesiapa yang boleh mengesahkannya. Butiran berikut direkodkan dalam Penyata Pendapatan PLC A:

3 PLC A, Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 November 200x
Debit Perbelanjaan
(Yuran professional yang dikenakan oleh Z Pte Ltd melalui Y Sdn Bhd)
RM30 juta

Bagi kunci kira-kira, butiran yang berikut telah direkodkan:

4 PLC A , Kunci Kira-kira setakat 30 November 200x
Kredit Pemiutang lain:
(Yuran profesional yang terhutang kepada Y Sdn Bhd)
RM30 juta

Daripada senario di atas, beberapa perkara dapat dilihat seperti yang berikut:

1) Y Sdn Bhd berhutang sebanyak RM30 juta kepada PLC A kerana pembelian K Sdn Bhd
2) PLC A berhutang sebanyak RM30 juta kepada Y Sdn Bhd untuk perkhidmatan profesional yang diberikan oleh Z Pte Ltd.
3) Oleh kerana kedua-dua syarikat itu saling berhutang jumlah yang sama, kedua-duanya memutuskan untuk mengimbangkan hutang-hutang tersebut. Dengan itu, tiada wang bertukar tangan.

Menyalurkan Wang Keluar Dalam cerita penipuan dunia korporat ini, SIDC memaparkan satu lagi teknik perakaunan kreatif yang digunakan oleh pesalah laku untuk menyalurkan wang keluar daripada sesebuah syarikat.

Butiran yang berikut direkodkan dalam kunci kira-kira PLC A:
4 PLC A , Kunci Kira-kira setakat 31 Disember 200x

Debit Pemiutang lain
(Untuk yuran profesional yang terhutang kepada Y Sdn Bhd)
RM30 juta
Kredit Penghutang lain
(Bagi jumlah yang terhutang kerana cadangan pembelian K Sdn Bhd)
RM30 juta

Akhirnya

Dalam perancangan ini, PLC A tidak pernah memperoleh sebarang syarikat atau pelaburan yang sedang membuat untung. Tetapi, RM30 juta telah disalurkan keluar oleh pengarahnya tidak berprinsip, Encik A.

Apakah yang perlu diperhatikan oleh pelabur?

Sebagai pelabur, apabila anda meneliti penyata kewangan mana-mana PLC, perhatikan benar-benar kenyataan seperti “pemerolehan syarikat”, terutama sekiranya pemerolehan itu dilupuskan dalam masa yang singkat, biasanya dalam masa satu tahun kewangan.

Pada masa yang sama, sebagai pelabur, anda mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan. Ini boleh menghalang syarikat yang telah anda laburkan wang hasil titik peluh anda, daripada mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan yang boleh dipersoalkan, yang boleh menjejaskan pelaburan anda. Laksanakan hak anda...sekarang!


Posted on Monday, November 27 @ 00:00:00 MYT by Admin
 
 Related Links 
· More about CORPORATE GOVERNANCE
· News by Admin


Most read story about CORPORATE GOVERNANCE:
PENYALURAN WANG KELUAR

 Article Rating 
Average Score: 3.6
Votes: 10


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

 Options 

 Printer Friendly Printer Friendly


Associated Topics

CORPORATE GOVERNANCE


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.


No Comments Allowed for Anonymous, please register
 LIVE UPDATE 

ISMAP

 JOIN JUTAWAN BLOG BIZ NETWORK 


DISCLAIMER: MONEY CAN DRIVE YOU CRAZY. At anytime, don't take yourself as a fool. Most of the items discussed here are very RISKY. We are in no position to influence or to promote anything and you are on your own risk. Any posts or comments by Admins or Mods or Registered Members on any programs are on their individual capacity as to be taking part in online community DISCUSSION & LEARNING purposes ONLY. JUTAWAN.ORG ®.
Page Generation: 0.19 Seconds

:: Arash Theme Created by Arash My Blog :: Partnet Of www.webnet.my ::