Sekuriti Lulus Syariah
Sekuriti lulus Syariah1
didagangkan setiap hari di pasaran saham Malaysia. Mungkin pelabur
telah pun melabur dalam sekuriti ini tanpa menyedarinya. Pada asasnya,
sekuriti lulus Syariah adalah sekuriti yang sama yang didagangkan di
Malaysia Securities Exchange Bhd (MSEB) tetapi sekuriti ini mesti
mematuhi satu set kriteria sebelum mereka boleh dikategorikan sebagai
lulus Syariah.
Aktiviti yang dibenarkan berbanding aktiviti yang tidak dibenarkan
Bawah prinsip Syariah, salah satu daripada aspek paling penting sebelum
sesuatu keputusan pelaburan dibuat ialah keperluan menilai aktiviti
perniagaan sesuatu syarikat untuk memastikan sama ada aktivitinya
dibenarkan (halal) atau tidak dibenarkan (tidak halal). Jadi, bagaimana
pelabur hendak menentukannya? Untunglah
bagi pelabur Malaysia, Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya
Sekuriti (SC) telah mengambil langkah untuk menilai aktiviti perniagaan
syarikat-syarikat awam tersenarai. Sekuriti bagi syarikat yang memenuhi
kriteria yang ditetapkan oleh MPS akan diklasifikasikan sebagai lulus
Syariah.